Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Abu Ayyub Al Anshary

(Dimakamkan di bawah pilar kota Konstantinopel)

Sahabat yang mulia ini bernama :KHALID BIN ZAID BIN KULAIB dari Bani Najjar.
Gelarnya Abu Ayyuh, dan golongan Anshar. Siapakah di antara kaum muslimin yang belum
mengenal Abu Ayyub Al-Anshary?
Nama dan derajatnya dimuliakan Allah di kalangan makhluk, baik di Timur mahupun
di Barat. Kerana Allah telah memilih rumahnya di antara sekalian rumah kaum muslimin, untuk
tempat tinggal Nabi-Nya yang mulia, ketika beliau baru tiba di Madinah sebagai Muhajir. Hal ini
cukup membanggakan bagi Ayu Ayyub.
Bertempatnya Rasulullah di rumah Abu Ayyub merupakan kisah manis untuk diulangulang
dan enak untuk dikenang-kenang.
Setibanya Rasulullah di Madinah, beliau disambut dengan hati terbuka oleh seluruh
penduduk, beliau dielu-elukan dengan kemuliaan yang belum pernah diterima se orang tamu
atau utusan manapun. Seluruh mata tertuju kepada beliau memancarkan kerinduan seorang
kekasih kepada kekasihnya yang baru tiba. Mereka membuka hati lebar-lebar untuk menerima
kasih sayang Rasulullah. Mereka buka pula pintu rumah masing-masing, supaya kekasih mulia
yang drindukan itu sudi bertempat tinggal di rumah mereka.
Sebelum sampai di kota Madinah, beliau berhenti lebih dahulu di Quba selama beberapa
hari. Di kampung itu beliau membangun masjid yang pertama-tama didirikan atas dasar taqwa.
Sesudah itu beliau meneruskan perjalanan ke kota Yatsrib mengendarai unta. Para pemimpin
Yatsrib berdiri sepanjang jalan yang akan dilalui beliau untuk kedatangannya. Masing-masing
berebut meminta Rasulullah tinggal di rumahnya. Kerana itu Sayyid demi Sayyid menghadang
dan memegang tali untuk beliau untuk membawanya ke rumah mereka.
“Ya, Rasulullah! Sudilah Anda tinggal di rumah saya selama Anda menghendaki.
Akomodasi. dan keamanan Anda terjamin sepenuhnya.” kata mereka berharap.
Jawab Rasulullah, “Biàrkanlah unta itu berjalan ke mana dia mahu, kerana dia sudah
mendapat perintah.”
Unta Rasulullah terus berjalan diikuti semua mata, dan diharap-harapkan seluruh hati.
Bila untuk melewati sebuah rumah, terdengar keluhan putus asa pemiliknya, kerana apa yang
diangan-angankannya ternyata hampa.
Unta terus berjalan melenggang seenaknya. Orang banyak mengiringi di belakang.
Mereka ingin tahu siapa yang beruntung rumahnya ditempati tamu dan kekasih yang mulia ini.
Sampai di sebuah lapangan, iaitu di muka halaman rumah Abu Ayyub Al-Anshary unta
itu berlutut. Rasulullah tidak segera turun dan punggung unta. Unta itu disu ruhnya berdiri dan
berjalan kembali. Tetapi setelah berkeliling-keliling, untuk berlutut kembali di tempat semula.
Abu Ayyub mengucapkan takbir kerana sangat gembira. Dia segera mendekati
Rasulullah dan melapangkan jalan bagi beliau. Diangkatnya barang-barang beliau dengan kedua
tangannya, bagaikan mengangkat seluruh perbendaharaan dunia. Lalu dibawanya ke rumahnya
Rumah Abu Ayyub bertingkat tingkat atas dikosongkan dan dibersihkannya untuk
tempat tiniggal Rasulullah. Tetapi Rasuluulah lebih suka tinggal di bawab. Abu Ayyub menurut
saja di mana beliau senang. Setelah malam tiba, Rasulullah masuk ke kamar tidur. Abu Ayyub
dan isteninya naik ke tingkat atas. Ketika suami isteri itu menutupkan pintu, Abu Ayyub berkata
kepada isterinya, “Celaka....! Mengapa kita sebodoh ini. Pantaskah Rasulullab bertempat di
bawah, sedangkan kita berada lebib tinggi dari beliau” Pantaskah kita berjalan di atas beliau?
Pantaskah kita mengalingi antara Nabi dan Wahyu? Niscaya kita celaka!”
Kedua suami isteri itu bingung, tidak tahu apa yang harus diperbuat Tidak berapa lama
berdiam diri, akhirnya mereka memilih kamar yang tidak setentang dengan kamar Rasulullah
Mereka berjalan benjingkit-jingkit untuk menghindarkan suara telapak kaki mereka. Setelah hari
Subuh, Abu Ayyub berkata kepada Rasulullah kami tidak mahu terpejam sepicing pun malam
ini. Baik aku mahupun ibu Ayyub”
“Mengapa begitu?” tanya Rasulullah
“Aku ingat, kami berada di atas sedangkan Rasulullah Yang kami muliakan berada di
bawah. Apabila bergerak sedikit saja, abu berjatuhan mengenai Rasulullah. Di samping itu kami
mengalingi Rasulullah dengan wahyu,” kata Abu Ayyub menjelaskan “Tenang sajalah, hai Abu
Ayyub. Saya lebih suka bertempat tinggal di bawah, kerana akan banyak tamu yang datang
berkunjung.”
Kata Abu Ayyub, “Akhirnya saya mengikuti kemahuan Rasulullah. Pada suatu malam
yang dingin, bejana kami pecah di tingkat atas, sehingga airnya tumpah. Kain lap hanya ada
sehelai, kerana itu air yang kami keringkan dengan baju, kami sangat kuatir kalau air mengalir
ke tempat Rasulullah. Saya dan Ibu Ayyub bekerja keras mengeringkan air sampai habis. Setelah
hari Subuh saya pergi menemui Rasulullah.
Saya berkata kepada beliau, “Sungguh mati, saya segan bertempat tinggal di atas,
sedangkan Rasulullah tinggal di bawah”.
Kemudian Abu Ayyub menceritakan kepada beliau perihal bejana yang pecah itu.
Kerana itu Rasulullah memperkenankan kami pindah ke bawah dan beliau pindah ke atas.
Rasulullah tinggal di rumah Abu Ayyub kurang lebih tujuh bulan. Setelah masjid
Rasulullah selesai dibangun, beliau pindah ke kamar-kamar yang dibuatkan untuk beliau dan
para isteri beliau sekitar masjid. Sejak pindah dari rumah Abu , Rasulullah menjadi tetangga
dekat bagi Abu Ayyub. Rasulullah sangat menghargai Abu Ayyub suami isteri sebagai tetangga
yang baik.
Abu Ayyub mencintai Rasulullah sepenuh hati. Sebaliknya beliau mencintainya pula,
sehingga mereka saling membantu setiap kesusahan masing-masing. Rasulullah memandang
rumah Abu Ayyub seperti rumah sendiri.
Ibnu ‘Abbas pernah bercerita sebagai berikut:
Pada suatu hari di tengah hari yang amat panas, Abu Bakar pergi ke masjid, lalu bertemu
dengan ‘Umar ra.
“Hai, Abu Bakar! Mengapa Anda keluar di saat panas begini?”, tanya Umar.
Jawab Abu Bakar, “Saya lapar!”
Kata ‘Umar, “Demi Allah! Saya juga lapar.”
Ketika mereka sedang berbincang begitu, tiba-tiba Rasuluflah muncul.
Tanya Rasulullah, “Hendak kemana kalian di saat panas begini?”
Jawab mereka, ‘Demi Allah! Kami mencari makanan kerana lapar.”
Kata Rasulullah, ‘Demi Allah yang jiwaku di tangan Nya! Saya juga lapar. Nah! Marilah
ikut saya.”
Mereka bertiga berjalan bersama-sama ke rumah Abu Ayyub Al-Anshary. Biasanya Abu
Ayyub selalu menyediakan makanan setiap hari untuk Rasulullab. Bila beliau terlambat atau
tidak datang, makanan itu dihabiskan oleh keluarga Abu Ayyub. Setelah mereka tiba di pintu,
Ibu Ayyub keluar menyongsonu mereka.
‘Selamat datang, ya Nabiyallah dan kawan-kawan!” kata Ibu Ayyub.
“Kemana Abu Ayyub?” tanya Rasulullah.
Ketika itu Abu Ayyub sedang bekerja di kebun kurma dekat rumah. Mendengar suara
Rasulullah, dia bergegas menemui beliau.
“Selamat datang, ya Nabiyallah dan kawan-kawan!” kata Abu Ayyub.
Abu Ayyub langsung menyambung bicaranya, “Ya, Nabiyallah! Tidak biasanya Anda
datang pada waktu sepert sekarang.
Jawab Rasulullah “Betul. hai Abu Ayyub!
Abu Ayyub pergi ke kebun, lalu dipotongnya setandan kurma. Dalam setandan itu
terdapat kurma yang sudah kering, yang basah, dan yang setengah masak.
Kata Rasulullah, “Saya tidak menghendaki engkau memotong kurma setandan begini.
Alangkah baiknya jika engkau petik saja yang sudah kering.”
Jawab Abu Ayyub, “Ya, Rasulullah! Saya senang jika Anda suka mencicipi buah kering,
yang basah, dan yang setengah masak. Sementara itu saya sembelih kambing un tuk.Anda
bertiga.”
Kata Rasulullah, “Jika engkau menyembelih, jangan disembelih kambing yang sedang
menyusui.”
“Abu Ayyub menangkap seekor kambing, lalu disembelihnya. Dia berkata kepada Ibu
Ayyub, “Buat adonan roti. Engkau lebih pintar membuat roti.”
Abu Ayyub membagi dua sembelihannya. Separuh digulainya dan separuh lagi
dipanggangnya Setelah masak, maka dihidangkannya ke hadapan Rasulullah dan sahabat
beliau. Rasulullah mengambil sepotong gulai kambing, kemudian diletakkannya di atas sebuah
roti yang belum dipotong.
Kata beliau, “Hai Abu Ayyub! Tolong antarkan ini kepada Fatimah. Sudah beberapa hari
ini dia tidak mendapat makanan seperti ini.”
Selesai makan, Rasulullah berkata, “Roti, daging, kurma kering, kurma basah, dan
kurma setengah masak.”— Air mata beliau mengalir ke pipinya.
Kemudian beliau bersabda ‘Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya! SesungguhnYa
beginilah ni’mat yang kalian minta nanti di hari kiamat. Maka apabila kalian memperoleh yang
seperti in bacalah “Basmalah” lebih dahulu sebelum kalian makan. Bila sudah kenyang, baca
tahmid: “Segala puji bagi Allah yang telah mengenyang kan kami dan memberi kami ni’mat.”
Kemudian Rasulullah saw. bangkit hendak pulang. Beliau berkata kepada Abu Ayyub,
‘Datanglah besok ke rumah kami!”
Sudah menjadi kebiasaan bagi Rasulullah, apabila Seseorang berbuat baik kepadanya,
beliau segera membalas dengan yang lebih baik. Tetapi Abu Ayyub tidak mendengar perkataan
Rasulullah kepadanya. Lalu dikata oleh ‘Umar, “Rasulullah menyuruh Anda datang besok ke
rumahnya.”
Kata Abu Ayyub, “Ya, saya patuhi setiap perintah Rasulullah.”

Keesokan harinya Abu Ayyub datang ke rumah Ra sulullah. Beliau memberi Abu Ayyub
seorang gadis kecil untuk pembantu rumah tangga. Kata Rasulullah, ‘Perla kukanlah anak ini
dengan baik, hai Abu Ayyub! Selama dia di tangan kami, saya lihat anak ini baik.”
Abu Ayyub pulang ke rumahnya membawa seorang gadis kecil.
“Untuk siapa ini, Pak Ayyub?” tanya Ibu Ayyub.
“Untuk kita. Anak kita diberikan Rasulullah kepada kita,”jawab Abu Ayyub.
“Hargailah pemberian Rasulullah. Perlakukan anak ini lebih daripada sekedar suatu
pemberian’ “ kata Ibu Ayyub.
“Memang! Rasulullah berpesan supaya kita bersikap baik terhadap anak ini,” kata Abu
Ayyub. “Bagaimana selayaknya sikap kita terhadap anak ini, supaya pesan beliau terlaksana?”
tanya Ibu Ayyub.
“Demi Allah! Saya tidak melihat sikap yang lebih baik, melainkan memerdekakannya,”
jawab Abu Ayyub.
“Kakanda benar-benar mendapat hidayah Allah. Jika kakanda setuju begitu, baiklah kita
merdekakan dia,” kata Ibu Ayyub menyetujui.
Lalu gadis kecil itu mereka merdekakan.
ltulah sebagian bentuk nyata celah-celah kehidupan Abu Ayyub setelah dia masuk
Islam. Kalau dipaparkan celah-celah kehidupannya dalam peperangan, kita akan tercengang
dibuatnya. Sepanjang hayatnya Abu Ayyub hidup dalam peperangan. Sehingga dikatakan
orang, “Abu Ayyub tidak pernah absen dalam setiap peperangan yang dihadapi kaum muslimin
sejak masa Rasulullah sampai dia wafat di masa pemerintahan Mu ‘awiyah. Kecuali bila dia
sedang bertugas dengan suatu tugas penting yang lain.’’
Peperangan terakhir yang ikutinya, ialah ketika Mu awiyah mengerahkan tentara
muslimin merebut kota Konstantinopel. Abu Ayyub seorang prajurit yang patuh dan setia.
Ketika itu dia telah berusia lebih delapan puluh tahun. Suatu usia yang boleh dikatakan usia
akhir tua. Tetapi usia tidak menghalanginya untuk bergabung dengan tentara muslimin di
bawah bendera Yazid bin Mu’awiyah. Dia tidak menolak mengarungi laut, membelah ombak
untuk berperang fi sabilillah. Tetapi belum berapa lama dia berada di medan tempur
menghadapi musuh, Abu Ayyub jatuh sakit. Abu Ayyub terpaksa istirahat di perkemahan, tidak
dapat melanjutkan peperangan kerana fisiknya sudah lemah.
Ketika Yazid mengunjungi Abu Ayyub yang sakit, panglima ini bertanya, “Adakah
sesuatu yang Anda kehendaki, hai Abu Ayyub?”
Jawab Abu Ayyub, ‘Tolong sampaikan salam saya kepada seluruh tentara muslimin.
Katakan kepada mereka, Abu Ayyub berpesan supaya kalian semuanya terus maju sampai ke
jantung daerah musuh. Bawalah saya beserta kalian. Kalau saya mati, kuburkan saya dekat pilar
kota Konstantinopel!”
Tidak lama sesudah ia berkata demikian, Abu Ayyub menghembuskan nafasnya yang
terakhir. Dia wafat menemui Tuhannya di tengah-tengah kancah pertempuran.
Tentara muslimin memperkenankan keinginan sahabat Rasulullah yang mulia ini.
Mereka berperang dengan gigih, menghalau musuh dari satu medan ke medan tempur yang
lain. Sehingga akhirnya mereka berhasil mencapai pilar-pilar kota Konstantinopel, sambil
membawa jenazah Abu Ayyub.

Dekat sebuah pilar kota Konstantinopel niereka menggali kuburuan, lalu mereka
makamkan jenazah Abu Ayyub di sana, sesuai dengan pesan Abu Ayyub.
Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada Abu Ayyub. Dia tidak ingin mati
kecuali dalam barisan termpur yang sedang berperang fi sabillah. Sedangkan usianya telah
mencapai delapan puluh tahun. Radhiyallahu ‘anhu. Amin!!!

Related Posts by Categories



Tidak ada komentar: